RANGKA mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah bagasi dekat sebuah perhentian bas berhadapan Tenaga Nasional Berhad Kulai, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki pada pukul 1.50 petang.
Beliau berkata, sepasukan pegawai, anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah, anggota forensik, dan pegawai penyiasat telah hadir ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan awal mendapati sukar untuk mengenal pasti jantina mangsa, umur dan tempoh kematian kerana mayat dalam keadaan mereput lebih 50 peratus dan terdapat ulat.
“Rangka mayat kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, bedah siasat yang dijalankan pada hari ini mendapati mangsa adalah seorang perempuan berusia 25 tahun ke atas dan terdapat kesan cedera di kulit kepala.
Bagaimanapun, sebab kematian masih di dalam siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sivachandran di talian 016-285 0204.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

