Nora Danish tak risau hilang tawaran lakonan sebab dah buka syarikat produksi sendiri

Dari Penulis

PELAKON Nora Danish mengakui tidak takut kehilangan banyak tawaran lakonan demi mengutamakan keluarga.

Malah, keputusannya untuk membuka rumah produksi sendiri juga adalah salah satu faktor mengapa dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan biarpun banyak watak yang berat datang kepadanya.

“Saya tak memilih cuma masa sekarang ini membuatkan saya terpaksa memilih terutama memikirkan yang bongsu rapat sangat dengan saya.

“Saya tidak risau jika tiada tawaran berlakon yang dapat disebabkan saya sangat memilih dengan situasi saya ketika ini.

“Sebab apa saya tak risau, kalau suatu masa nanti saya dah bersedia untuk berlakon watak-watak berat ini, saya ada produksi sendiri untuk merealisasikan impian saya dengan siapa saya nak berlakon…mungkin berlakon dengan pelakon Indonesia ke. Ada rancangan la di situ,” katanya kepada URTV.

Menurut Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 41, produksi miliknya iaitu ND Production sudah ada, cuma belum mula beroperasi lagi.

“Produksi ini baru saja dirancang dan dibuat pada bulan Disember tahun lepas, jadi belum masanya lagi beroperasi sekarang.

“Saya dah berlakon lebih 20 tahun, jadi untuk meninggalkan perkara yang saya minat, agak susah.

“Kadang kalau saya sibuk bekerja, saya rindu nak berlakon, jadi saya rasa cara terbaik ialah membuat rumah produksi sendiri.

“Saya masih boleh aktif dan teruskan berkarya, kalau saya tak berlakon pun saya boleh panggil orang berlakon,” ujarnya.

Menerusi rumah produksi yang bakal dijalankan ini, Nora turut berkata dia akan menghasilkan pelbagai jenis filem dan drama. Sebagai permulaan dia akan menerbitkan filem terlebih dahulu.

Nora berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Sumpahan Malam Raya di GSC, Nu Sentral, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem tersebut bakal ditayangkan pada 22 April ini di pawagam seluruh negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This