Adik Nik Aziz iaitu Nik Razi meninggal dunia pagi tadi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ADIK bongsu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Razi Nik Mat dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.

Berita pemergian Nik Razi dimaklumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad, Nik Razi telah menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit selama hampir empat bulan.

Difahamkan, Allahyarham yang juga Bendahari Dewan Ulama Pas Kelantan meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Ahmad turut menyifatkan Allahyarham banyak memberi sumbangan besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.

“Berita duka kembalinya menemui pencipta tokoh ulama Kelantan, Tuan Guru Nik Razi Nik Mat pada pagi ini 26 Ramadan 1444H setelah diuji sakit terlantar hampir empat bulan.

Baca artikel berkaitan: Genap enam tahun pemergian Tok Guru Nik Aziz.. Al-Fatihah

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada ahli keluarganya Almarhum Tuan Guru.

“Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya di sisi para solehin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Allahyarham dikatakan telah dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan dibawa pulang ke rumah bulan lalu.

Difahamkan, solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan dikenali sebagai pendakwah yang cukup gigih khususnya dalam membangunkan institusi pendidikan Islam.

Allahyarham Nik Razi juga merupakan bekas pensyarah Pondok Kandis Bachok dan bekas pengetua Maahad Muhammadi Lelaki.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This