Lori pasir rempuh lapan kenderaan dekat Rawang

Dari Penulis

SEBUAH lori pasir yang mengalami masalah brek merempuh lapan buah kenderaan dalam satu kejadian di lampu isyarat Rawang Mutiara Business Centre, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.47 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 17 minit kemudian dan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori treler bermuatan pasir mengundur secara tiba-tiba kerana kegagalan sistem brek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, lori tersebut telah mengundur secara perlahan dan melanggar lapan buah kenderaan yang berada di belakangnya.

“Kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari kejadian tersebut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This