“Peroleh dua pahala untuk orang yang bersusah payah membaca al-Quran” – Daphne Iking sebak dengar keterangan Ustaz Don Daniyal

Dari Penulis

PELAKON dan pengacara, Daphne Iking atau nama islamnya, Dahlia Eleanor Iking dijemput menjadi tetamu dalam sebuah program siaran televisyen membaca al-Quran.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok, pelakon berusia 45 tahun itu membaca al-Quran dengan kurang lancar melalui panggilan video yang turut dibantu oleh panel dan hos program itu.

Dalam pada itu, Ustaz Don Daniyal sebagai panel program itu menasihatkan tentang pahala orang yang membaca al-Quran dalam keadaan bersusah payah.

“Kakak tahu kan sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan bersusah payah akan memperoleh dua pahala, siapa yang membaca lancar baginya satu pahala bersamaan dengan para malaikat.

“Dan sesiapa yang bersusah payah akan dapat dua pahala, ini janji Nabi. Satu pahala sebab bersusah payah dan satu pahala lagi sebab sebut ayat al-Quran.

“Semoga Allah kurniakan kedua-dua pahala tersebut buat kak Daphne,” jelasnya dalam video tersebut.

Namun begitu, bekas hos Explorace ini berasa sebak apabila mendengar nasihat itu dan menitiskan air mata malah panel rancangan itu sama-sama memberi semangat dan mendoakannya.

Di ruangan komen, netizen turut berasa sebak dengan usaha Daphne membaca ayat suci al-Quran dan turut mendoakannya.

“Masa dia kesat air mata, aku pula sebak.

“Saya mualaf juga. Percayalah bila kita dah berusaha untuk menguasai bacaan al-Quran, indahnya, nikmatnya, memang seronok. Ketenangan ada di situ bila kita amalkan.

“Ma sha Allah. Lama sudah saya teringin tengok Daphne bertudung. Lagi-lagi baca al-Quran. Terima kasih ya Allah, semoga ramai lagi mengikut jejaknya. Amin.

“Alhamdulillah. Tahniah Daphne. Semoga menjadi wanita solehah. Amin YRA,” tulis netizen.

Untuk rekod, Daphne Iking telah memeluk islam sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Azmi Abdul Rahman pada 2011.

@acapalam

Berani dan semangat kita tengok sis Daphne. Geng ngaji tinggal 9 episod je lagi.

♬ original sound – Mudah Terhibur – Mudah Terhibur

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This