Bekalan telur sempena Aidilfitri mencukupi

Dari Penulis

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri tahun ini adalah mencukupi dan memenuhi keperluan.

DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya sentiasa meneliti status bekalan telur ayam secara berterusan dari semasa ke semasa, bagi memastikan bekalan telur ayam yang diambil oleh rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata sebanyak 942 juta biji setiap bulan tidak terputus.

Baca artikel berkaitan: Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri

“Selain itu, turut dilaksanakan program intervensi dalam pengedaran telur ayam dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan bekalan sumber protein itu boleh diperolehi di seluruh negara sepanjang Aidilfitri ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This