Subsidi, kawalan harga ayam tamat sepenuhnya bermula 1 November – Mohamad Sabu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan bersetuju agar subsidi dan kawalan harga bagi ayam ditamatkan sepenuhnya bermula 1 November ini selaras dengan pendekatan penyelarasan semula subsidi secara bersasar.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara rasional penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan yang berlaku ketika ini.

Ketirisan yang berlaku itu jelas beliau adalah seperti subsidi tersebut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, bukannya untuk golongan sasaran semata-mata.

“Penamatan harga kawalan ayam diambil bagi menyokong kemampanan industri ayam tempatan. Di samping itu, melalui kaedah ini, kerajaan akan turut mendapat meningkatkan pelbagai inisiatif sosio-ekonomi kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

“Penamatan subsidi ayam ini telah mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mulai stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar penamatan kawalan harga dan subsidi ayam yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.

Baca juga: Pengapungan harga ayam: Kerajaan yakin kenaikan harga mendadak tidak berlaku

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan akan terus memastikan harga jualan ayam yang akan diapungkan terus berada pada kadar munasabah.

Menurut beliau, kerajaan juga akan meluaskan akses kepada bekalan ayam melalui jualan agro-Madani dan jualan rahmah secara berterusan di seluruh negara.

Langkah itu menurut Mohamad adalah untuk memberi pilihan dan jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan ayam pada harga berpatutan dan dibawah harga siling.

Selain itu, katanya, kerajaan juga telah mendapatkan komitmen dari pihak industri supaya harga ayam di ladang yang dikeluarkan tidak akan mencatat kenaikan yang ketara sehingga membebankan pengguna.

“Dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Langkah ini bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di peringkat runcit,” katanya.

Mohamad menambah, kerajaan juga bersedia untuk mendapatkan bekalan ayam tambahan daripada sumber luar sekiranya berlaku kekurangan daripada segi bekalan yang akan menyebakan kenaikan harga secara mendadak.

Sementara itu, Mohamad berkata, subsidi dan kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.

Jelas beliau, sejak Februari 2023, Kerajaan Perpaduan dibawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This