BINTANG Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh yang mencipta sejarah memenangi Anugerah Oscar ke-95, baru-baru ini berkesempatan mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Dalam perkongsian di Facebook rasmi Anwar, pertemuan dengan pelakon filem Everything All At Once itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Perdana Menteri berkata, Michelle, 61, turut mengimbau kisah suka dan duka perjalanannya sebagai anak seni.
Menurut Perdana Menteri, aktres kelahiran Ipoh itu juga sempat menitipkan pesan bahawa kejayaan gemilang merangkul Anugerah Oscar itu cukup bermakna bukan sahaja kepada dirinya dan keluarga tetapi juga rakyat Malaysia.
“Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).
Baca artikel berkaitan: Keunikan Malaysia yang membentuk diri saya – Michelle Yeoh
“Beliau mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini dan beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang Anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.
“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.
“Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Michelle menempa sejarah sebagai rakyat Malaysia dan pelakon wanita pertama dari Asia yang berjaya memenangi Anugerah Oscar.
Beliau berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu Cate Blanchett menerusi filem TÁR, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Aktres itu pulang ke Malaysia sejak minggu lalu turut memuat naik gambar ibunya, Datin Janet Yeoh yang tersenyum gembira sambil memegang trofi kemenangan itu di Instagram.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

