BAGI menawan Selangor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Perikatan Nasional memerlukan sekitar 20 peratus undi dalam kalangan bukan Melayu.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, dalam hal ini, rakan sekutu PN iaitu Gerakan sudah pun menyusun strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
“Kita hanya memerlukan 20 peratus daripada jumlah populasi pengundi bukan Melayu untuk membentuk majoriti kukuh di kedua-dua Negeri Sembilan dan Selangor.
“Kita juga menjangkakan kita akan berjaya di Pulau Pinang,” katanya seperti dilapor Malay Mail.
Dalam pada itu, Razali menyifatkan kerjasama DAP serta UMNO memudaratkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan berharap PN mendapat memanfaatkannya.
Baca artikel lain: PRN: PH P.Pinang benarkan BN pertahan kerusi DUN disandang
Katanya, PN akan memberi tumpuan kepada Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan kerana gabungan itu yakin dapat mengekalkan kemenangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada masa sama, beliau berharap peratusan keluar mengundi lebih daripada 70 peratus kerana dipercayai akan membantu kemenangan PN
“Oleh kerana kita dapat lihat pada PRN sebelum ini sebelum PRU, pengundi memilih sama ada PH atau BN memandangkan peratusan keluar mengundi adalah rendah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

