PM sangkal dakwaan rumah terbuka di 3 negeri kerana PRN

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana negeri-negeri berkenaan bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata ini kerana majlis itu bukan sahaja diadakan di tiga negeri pembangkang, tetapi juga akan diadakan di Selangor.

“Negeri banyak, semua, Selangor ada… Tidak, tidak (bukan hanya negeri pembangkang),” katanya ringkas kepada pemberita di Masjid As-Salam, Pangsapuri Petaling Perma, hari ini.

Beliau ditanya mengenai dakwaan kerajaan sengaja mengadakan majlis berkenaan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, yang bakal menghadapi PRN.

Semalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah pada 29 April, diikuti Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei) selain Anwar dijangka menghadiri tiga lagi majlis rumah terbuka di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Baca artikel lain: Cuaca panas tahap 1 di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu

Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid As-Salam, Pangsapuri Petaling Perma.

Beliau yang tiba di masjid berkenaan pada kira-kira 1 tengah hari turut diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan Shamsul Firdaus Mohamed Supri.

Anwar dan jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Meraih Hasil Tarbiah Ramadan’ yang disampaikan Ketua Biro Dakwah masjid berkenaan Mohamad Firdaus Mahad.

Selesai menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Mohamad Firdaus, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman serta beramah mesra dengan beberapa jemaah sebelum meninggalkan masjid itu kira-kira pukul 2.15 petang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This