Sita dua akaun bank sulitkan operasi Bersatu

Dari Penulis

TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diakui menyukarkan operasi parti tersebut terutama bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti. 

Perkara tersebut diakui Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seperti dilaporkan Astro Awani Online, hari ini. 

Ahmad Faizal berkata, parti itu ketika ini terpaksa bergantung kepada dana awam untuk menjalankan operasi. 

Bagaimanapun, katanya, perkara itu sedikit menyulitkan kerana Bersatu tidak dapat perancangan dari segi perbelanjaan. 

“Perkara itu lebih menggusarkan hati kami lah, tapi dalam masa yang sama, dari segi untuk berbelanja dalam kempen-kempen pilihan raya di keenam-enam negeri yang akan datang ini, tentunya kita terpaksa mencari jalan lain, bergantung kepada dana awam.

Baca artikel berkaitan: SPRM ambil tindakan sita 2 akaun BERSATU yang dibekukan sebelum ini

“Nampaknya setakat sekarang ni apabila kita meminta orang ramai untuk memberikan sumbangan, (sambutan) amat-amat mengalakkan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal memberitahu, Bersatu ada membuat permohonan kepada SPRM supaya melepaskan sejumlah wang bagi tujuan pembayaran gaji dan sewaan pejabat. 

Katanya, permohonan tersebut dibuat sewaktu SPRM membekukan dua akaun Bersatu itu, Januari lalu. 

Namun, Ahmad Faizal berkata, permohonan itu tidak mendapat maklum balas positif SPRM. 

Khamis lalu, SPRM dalam kenyataan memaklumkan bahawa dua akaun Bersatu yang sebelum ini dibekukan telah disita suruhanjaya itu. 

SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan akaun tersebut disita pada 11 April selepas mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This