Polis kesan mereka terlibat dalam video tular lelaki pegang kayu tepi jalan

Dari Penulis

POLIS kini mengesan kesemua individu yang terlibat dalam kejadian seorang lelaki tidak berpuas hati terhadap sekumpulan penunggang motosikal dengan memegang objek dipercayai kayu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan lampu isyarat Geliga, Kemaman pada 6.45 petang kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi video tular di aplikasi TikTok pada petang semalam.

“Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hanyan berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This