SEORANG lelaki maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Lojing, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan dua buah kenderaan pacuan empat roda pada pukul 8.15 malam.
Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa seorang lelaki India berusia 25 tahun memandu kereta jenis Isuzu dari arah Gua Musang ke Lojing.
“Mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah Toyota Hilux yang memandu di lorong kanan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia.
“Sementara pemandu dan penumpang Toyota Hilux cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang bagi bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

