22 anggota trafik Dungun sambut Aidilfitri di jalan raya

Dari Penulis

SEBANYAK 22 anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun terpaksa beraya di jalan raya bagi melancarkan aliran trafik.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tindakan ini dilakukan bagi memastikan aliran trafik bebas kesesakan lalu lintas.

Katanya, terdapat hampir sekali ganda peningkatan jumlah kenderaan yang pulang berhari raya di daerah tersebut untuk Aidilfitri kali ini.

“Penambahan kenderaan ini sudah dijangkakan dari awal kerana kami tahu ramai di kalangan perantau mengambil cuti panjang sehingga Ahad untuk beraya bersama keluarga di sini.

“Oleh sebab itu, semua pegawai dan anggota trafik diarah bertugas sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan kelancaran lalu lintas di laluan masuk dan keluar di daerah ini,” katanya.

Antara laluan utama yang dipantau ialah Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Rantau Abang-Paka) Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Jalan Jerangau-Jabur (Jerangau-Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS), dan Bandar Dungun.

“Pada hari hari raya pertama dan kedua, sebanyak 10 kes kemalangan dilaporkan membabitkan kerosakan kecil.

“Kami berharap semua pengguna sentiasa berhati-hati memandu sepanjang masa bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan,”katanya.

Menurut seorang perantau yang dikenali sebagai Dayang Norhayati Abang Jajawi, 50, jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan serta Bandar Dungun tidak berlaku kesesakan biarpun ada pertambahan kenderaan yang ketara.

“Setiap tahun, saya dan keluarga akan pulang beraya di rumah ibu mertua di Dungun.

“Setiap kali pulang beraya di bandar Dungun akan berlaku kesesakan berikutan penambahan kenderaan.

“Alhamdulilah, kali ini tidak berlaku kesesakan dan keadaan aliran trafik pada pagi serta malam bergerak lancar kerana dikawal anggota trafik bertugas,” katanya yang tinggal di Skudai, Johor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This