Agong dahulukan rakyat, beri laluan kepada ambulans

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren kecemasan.

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This