Polis cari pemuda berbaju Melayu buat aksi wheelie

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang penunggang motosikal berbaju Melayu yang tular melakukan aksi wheelie di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat dekat Kota Bharu.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pihaknya telah mengarahkan anggota JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut.

Jelas kenyataan itu, penunggang motosikal telah melakukan aksi berbahaya di bawah kesalahan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penunggang motosikal juga diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi siasatan lajut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkan ke JSPT Kontinjen Kelantan atau balai polis berdekatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sejak semalam, tular sebuah video di laman sosial memaparkan aksi penunggang motosikal dan pembonceng wanita berbaju rona biru melakukan aksi wheelie.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This