KERAJAAN tidak menetapkan sebarang syarat kepada Perikatan Nasional (PN) bagi membolehkan agihan peruntukan disalurkan kepada pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan hanya mahu pembangkang mengemukakan tawaran rasmi seperti yang dilakukan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri.
“Saya memang menunggu tawaran daripada PN, tetapi setakat ini kita belum menerima surat permohonan rasmi.
“Kita perlu melihat permohonan rasmi itu kerana melaluinya kita akan tahu apa tawaran mereka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Pusat Konvensyen CIDB di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia ulangi komitmen perkukuh kerjasama dengan Turkiye
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg serta isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, ketika pentadbiran terdahulu, peruntukan disalurkan kepada pembangkang selepas perundingan dijalankan.
“Perlu diingat ketika kerajaan Keluarga Malaysia (pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), ada perjanjian persefahaman (MoU) dan ada perundingan.
“Tetapi ini belum berlaku lagi (walaupun PN diminta mengemukakan tawaran) kerana syarat bukannya dari kerajaan.
“Kita cuma menunggu tawaran daripada mereka kerana mereka yang buka (mula membangkitkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang), jadi merekalah yang harus membuat tawaran,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

