Perceraian kerana dadah bukan jalan penyelesaian masalah rumah tangga – MASAC

Dari Penulis

Oleh RAJA AZIZAN SUHAIMI
Setiausaha Agung MASAC

MASAC melihat pendedahan media tempatan akan fenomena ramai isteri mahu cerai fasakh, tetapi susah membuktikan lelaki hisap dadah sebagai serius dan perlu ditangani dengan kaedah pemikiran baharu yang lebih harmoni oleh pasangan rumah tangga yang menghadapi permasalahan ini.

Keadaan ini terjadi kerana ada sesetengah isteri juga enggan dan malu untuk melaporkan kegiatan suami mereka kepada pihak berkuasa seperti polis mahupun Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menyatakan bahawa penagihan dadah telah dianggap sebagai suatu penyakit yang perlu dirawat dan Islam meraikan perasaan wanita terhadap suaminya dengan membenarkan wanita untuk menuntut pembubaran perkahwinan apabila wanita itu tidak lagi menyukai suaminya dan bimbang perasaan benci itu akan menyebabkannya dia derhaka kepada suaminya.

Dalam isu ini MASAC menyeru para isteri yang ada permasalahan ini berkaitan pasangan mereka dan enggan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk cuba mendapatkan kaedah pemulihan dalam komuniti yang ditawarkan banyak pengusaha swasta bukan milik Kerajaan yang berjuang untuk membebaskan ramai pengguna bahan terlarang termasuk penagih dadah.

Rata-rata mereka yang membuka pusat pemulihan dalam komuniti ini ialah merupakan bekas penagih dadah atau yang mempunyai ahli keluarga yang pernah terlibat dengan penagih dadah atau mereka yang ingin berjuang membebaskan orang ramai dari permasalahan dadah ini.

Pemulihan dalam komuniti ini bukan sahaja terbuka kepada penagih dadah, malahan ia terbuka juga kepada mereka yang berada di sekeliling penagih dadah ini seperti isteri, ibubapa dan lain-lain dengan membekalkan kaedah serta panduan sebagai pesakit luar ilmu menangani serta mengurus penagih dadah ini.

Penceraian dengan seorang penagih dadah hendaklah menjadi jalan terakhir andai ia telah mendatangkan mudarat besar dalam perkahwinan tersebut kerana sokongan keluarga amat diperlukan penagih dadah ini untuk bebas dadah dan kekal pulih dari ketagihan kerana hanya rasa kebergantungan pada sesuatu seperti keluarga termasuk isteri mampu meniupkan semangat bermulanya rasa ingin berhenti menagih dadah serta mampu menangkis penagihan semula oleh mereka ini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga ada menyatakan
wanita berhak menuntut pembubaran perkahwinan apabila suami merupakan penagih dadah, namun begitu, hak menuntut pembubaran ini adalah salah satu pilihan yang dibolehkan dan sekiranya pihak isteri berteguh untuk meneruskan perkahwinan, maka tidaklah menjadi suatu kesalahan dan hendaklah suami tersebut mendapatkan rawatan pemulihan untuk berhenti daripada penagihan dadah.

Oleh itu, penceraian oleh kerana suami seorang penagih dadah bukan merupakan jalan yang baik bagi penyelesaian permasalahan rumah tangga terutamanya apabila adanya zuriat bersama seperti anak-anak yang akan memberikan impak buruk kepada isteri, suami dan anak-anak.

Pengalaman MASAC juga mendapati penceraian akibat suami seorang penagih dadah juga meningkatkan kebarangkalian yang amat tinggi anak-anak yang terkesan dengan penceraian dadah ini untuk menjadi penagih dadah di masa hadapan kerana tertekan dengan keputusan ibu meninggalkan ayah yang memerlukan sokongan untuk pulih dari ketagihan dadah.

MASAC berpandangan jika pembuktian elemen fasakh menjadikan kehidupan anaiya dan menderita dari dadah susah untuk direalisasikan, fasakh mempunyai banyak elemen yang lain seperti isteri mendapatkan khidmat kaunseling berkait permasalahan dadah ini dan mencuba failkan dapatan kaunseling berkait masalah dadah si suami dari kaunselor berdaftar untuk diputuskan Yang Bijaksana Hakim Mahkamah Rendah Syariah, selain si isteri ini boleh juga mencuba memohon penceraian secara baik yang boleh melibatkan jawatankuasa pendamai serta hakam.

Dalam mengharungi permasalahan dadah di kalangan pasangan berumah tangga, MASAC menasihatkan agar si isteri tidak menyokong aktiviti menjual atau menghisap dadah si suami, sebaliknya kekal kuat untuk membantu si suami berhenti dari dadah melalui pemulihan dalam komuniti yang dijalankan pihak swasta.

MASAC ada menerima beberapa kes yang si isteri yang telah bertahun memujuk suami berhenti menghisap dadah, timbul sifat ingin tahu apa itu dadah dan mula menghisap dadah dengan niat untuk lebih memahami ketagihan dadah suami supaya memudahkan usaha berhenti dadah dan akhirnya menjadi pasangan yang menghisap dadah bersama sehingga sukar pulih.

Tindakan si isteri yang ingin menjaga aib diri dan suami berkait dadah boleh diteruskan dengan menghubungi MASAC untuk kami bantu salurkan cara untuk membantu pasangan ini seperti pemulihan di dalam komuniti yang ada di tawarkan di seluruh negara secara klien luar atau klien yang tinggal di rumah pemulihan.

Tidak salah mohon cerai kerana tidak sefahaman, tetapi bercerai di saat penagih dadah memerlukan sokongan keluarga terutamanya si isteri, ibarat askar yang lari di medan perang yang akhirnya akan memberikan kesan pada kehidupan masa hadapan anak-anak pasangan tersebut.

Orang ramai boleh menghubungi talian helpline MASAC di 017-322 6380 jika memerlukan maklumat lanjut berkait apa-apa perkara dadah.

MASAC turut mempelawa lebih banyak NGO menjadi ahli gabungan MASAC dan mendapat pelbagai faedah dalam usaha bersama membantu negara


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This