Enggan bertanggungjawab, bekas kekasih tembak mati pelajar perempuan hamil

Dari Penulis

SEORANG pelajar perempuan di Indonesia maut di tangan bekas kekasihnya yang tergamak menembak mangsa yang sedang hamil tiga bulan dengan senapang angin, Ahad lalu.

Mayat mangsa ditemukan di dasar sungai di Kampung Ciparay, Desa Sukakarya, Kecamatan Sukanagara, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, 23 April lalu.

Lapor beritasatu.com, polis mengesahkan mangsa maut akibat ditembak sebanyak dua kali menggunakan senapang angin yang digunakan suspek.

Motif pembunuhan itu lantaran suspek tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya menghamili mangsa.

Tembakan pertama suspek ke arah mangsa dari jarak 3 meter bagaimanapun tersasar.

Namun mangsa yang terjatuh dan menahan sakit kemudiannya kembali ditembak dari jarak dekat hingga mengakibatkan kematiannya.

Mangsa kemudianya diseret menggunakan tali ke atas sebuah pacuan empat roda sebelum mayatnya dibuang ke dasar sungai sedalam lima meter tidak jauh daripada lokasi dia ditembak.

Ketua Polis Cianjur, AKBP Azhari Kurniawan berkata, bedah siasat mendapati kematian mangsa akibat sebutir peluru yang mengenai kepala remaja perempuan berkenaan.

Katanya, keputusan bedah siasat juga mendapati mangsa maut ketika sedang hamil dengan usia kandungan antara tiga hingga lima bulan.

Menurutnya, polis juga merampas sejumlah bukti berupa selaras senapang angin beserta sebutir peluru, tali, batu dan pacuan empat roda digunakan suspek membawa mayat mangsa.

Suspek didakwa mengikut kes pembunuhan terancang dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bau busuk bawa penemuan mayat wanita dalam bagasi di pangsapuri

BAU busuk dari sebuah unit pangsapuri di tingkat tiga Taman Impian Indah, Kajang membawa penemuan mayat seorang wanita dalam...

More Articles Like This