SEORANG lelaki ditahan selepas membuat satu hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan cara membaling mercun bom.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengesan satu ciapan memaparkan tangkap layar hantaran ugutan tersebut pada 12 tengah hari semalam.
Beliau berkata, suspek telah mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘boleh pasang nanti bang non mai klate, kasi ajar sikit’ sambil memegang sebiji mercun bola yang dipercayai ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pemeriksaan mendapati hantaran yang dimuat naik suspek di akaun TikTok @najibnafi99 telah dipadam.
“Suspek berusia 24 tahun ditahan di perkarangan Balai Polis Binjai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek direman selama tiga hari sehingga Ahad bagi siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

