BN tak ketepi komponen lain isu kerusi PRN – Zambry

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti-parti komponen BN. 

“Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama. 

“Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Baca juga: Johari Ghani Bendahari Agung BN baharu gantikan Hishammuddin

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari. 

Terdahulu, media melaporkan Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata, perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This