Tujuh negara sertai RMP Open Championship 2023 Level III

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEJOHANAN Tembak RMP Open Championship Level III yang berlangsung di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (LSKMSS) berjaya menarik penyertaan tujuh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tujuh negara tersebut ialah Indonesia, UAE, Turkiye, Singapore, Hong Kong, Thailand dan Filipina.

Lebih manis, menurut beliau, kejohanan yang kali kedua dianjurkan itu juga mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menarik seramai 780 peserta.

“Pertandingan tahunan ini dianjurkan PDRM melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bagi tujuan untuk kita mempertajamkan lagi kemahiran menembak dalam kalangan petugas-petugas PDRM dengan menggunakan senjata api yang dibekalkan.

Salah seorang peserta menunjukkan aksi menembak pada Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (LKMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Di samping itu juga, kita menganjurkan Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC).

“Ini terbuka kepada orang awam, khususnya kelab-kelab menembak untuk menunjukkan kemahiran mengendalikan senjata api dan ketajaman serta kepantasan mereka menembak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UtusanTV ketika hadir melawat lokasi kejohanan di LSKMSS Putarjaya hari ini.

Untuk rekod, Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III akan berlangsung selama tujuh hari bermula 1 Mei hingga 7 Mei ini.

Kejohanan itu terbahagi kepada tiga: Piala Ketua Polis Negara, Piala Pengarah JKNDNKA dan RMP Open Championship.

Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III juga mendapat sokongan dari IPSC Malaysia dan World IPSC bagi kelulusan penganjuran pertandingan mengikut format antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menunjukkan kemahiran menembak ketika hadir melawat ke lokasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (LKMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca juga: Kurang pertandingan punca atlet negara gagal menyerlah di IPSC Handgun World Shoot 2022

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, beliau melihat kejohanan tersebut akan mempunyai reputasi tersendiri serta mampu menarik minat lebih ramai penyertaan khususnya dari luar negara.

Katanya, kejohanan tersebut juga mampu menaikkan nama negara daripada aspek pelancongan.

“PDRM turut ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan serta Kementerian Belia dan Sukan yang begitu prihatin dan menyokong sepenuhnya usaha penganjuran kejohanan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani beramah mesra dengan sebahagian peserta-ketika hadir melawat ke lokasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (LKMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelab Menembak Shapadu yang merupakan tuan punya lapang sasar ini yang telah menyediakan prasarana yang begitu kondusif, selesa dan mengikuti standard antarabangsa yang ditetapkan

“Selain Shapadu yang begitu komited menyokong PDRM, kita juga ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada penaja-penaja yang membantu menjayakan kejohanan ini. Mudah-mudahan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This