Budak tiga tahun lemas dalam kolam renang jiran datuk

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam kolam renang di rumah jiran datuknya, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian dipercayai pada pukul 6.30 petang itu berlaku di sebuah rumah lot di Tambun, Ipoh.

Menurut beliau, abang mangsa berusia 15 tahun telah menemukan mangsa dalam keadaan terapung dalam kolam renang tersebut.

Mohd Yusri berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama ibunya berada di rumah tersebut kerana menziarahi ahli keluarga.

Jelas beliau, bapa mangsa pula keluar menghantar saudara balik ke tempat penginapan lain.

“Pihak polis telah menerima maklumat pada pukul 9.25 malam daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mengenai satu kes kematian seorang kanak-kanak.

“Mangsa telah dibawa ke HRPB oleh warisnya dan disahkan kematian oleh pihak hospital.

Baca artikel berkaitan: Remaja 19 tahun ditemukan lemas di Lata Changkah

Cucu maut lemas di kolam renang rumah datuk

“Hasil bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik HRPB mendapati pun kematian adalah mati lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Yusri berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 33(1), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

Beliau berkata, insiden itu adalah kes keempat mati lemas melibatkan mangsa kanak-kanak di daerah Ipoh pada tahun ini yang berpunca daripada ketinggalan ibu bapa atau penjaga.

“Pihak polis amat memandang serius tentang perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan sehingga menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan maut akibat lemas di dalam kolam renang rumah datuknya di Tambun, Selasa lepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This