PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan Park Jin yang antara lain membincangkan kerjasama memperkukuh hubungan Malaysia-Korea Selatan.
Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung di Perdana Putra di sini sempena lawatan kerja Park selama dua hari ke Malaysia bermula Isnin, dan ini merupakan lawatan sulung Park ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar Korea Selatan pada Mei 2022.
Pertemuan itu turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata lawatan Park adalah bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) oleh Malaysia dan Korea Selatan.
“Lawatan ini akan menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk menaik taraf hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi, berlandaskan prinsip kepentingan bersama, saling percaya dan kesalinghubungan sesama rakyat,” menurut kenyataan Wisma Putra itu.
Baca artikel lain: ‘Saya belum jadi ahli mana-mana parti, tak betul jadi calon PRN’
Pada 2022, Korea Selatan merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak RM114.21 bilion (US$25.94 bilion), meningkat 29.3 peratus daripada nilai yang dicatatkan pada 2021.
Korea Selaran juga merupakan pelabur asing ketujuh terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek yang dilaksanakan bernilai RM33.0 bilion (US$9.25 bilion).
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

