Rakaman memaparkan seorang lelaki mencabul seorang gadis di sebuah kawasan perumahan dekat Sea Park, Petaling Jaya, pada petang Jumaat.

POLIS kini memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang gadis di sebuah kawasan perumahan dekat Sea Park, Petaling Jaya, pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa pada pukul 8.27 malam.

Video penuh di bawan ⬇️

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.09 malam ketika mangsa berusia 20 tahun sedang berjalan kaki.

“Mangsa secara tiba-tiba dipeluk dari arah belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian hitam, berpelitup muka dan memakai topi hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Tambahnya, suspek dengan bangsa tidak pasti itu kini diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Kesekaaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah di talian 03-79662222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram