SEPASANG suami isteri ditahan selepas dipercayai mendera pembantu rumah sehingga melecur di badan dalam kejadian di sebuah kediaman dekat Jalan Hujan Emas 3, Kuala Lumpur, pada 23 April lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian daripada seorang jiran pada pukul 12.50 tengah hari.
Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati seorang wanita warga asing berusia 39 tahun mengalami kecederaan serius iaitu melecur hampir seluruh badan dan lebam di kedua-dua belah mata serta muka.
“Mangsa telah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan ditempatkan di rumah perlindungan.
“Mangsa bekerja sebagai pembantu rumah di lokasi kejadian selama satu tahun enam bulan dan mendakwa sering dipukul, ditampar dan dicederakan majikan di tangan dengan menggunakan seterika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, barang kes yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa turut dirampas bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan telah dirujuk Jabatan Peguam Negara pada semalam.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk dituduh di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” ujarnya.
Amihizam berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti memperdagangkan manusia diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

