
KEMENTERIAN Belia dan Sukan melihat sukan menembak mempunya potensi besar untuk membangun dengan lebih maju di negara ini.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, namun begitu sukan tersebut perlu dibantu khususnya dalam bentuk infrastruktur supaya lebih berdaya saing.
Ujarnya, jika semua pihak menggemblengkan tenaga ke arah memajukannya, beliau tidak menolak kemungkinan keupayaan Malaysia menjadi destinasi utama sukan tersebut di mata dunia.
“Sukan menembak ini ada banyak potensi untuk dibangunkan di Malaysia, yang kita perlu sokong sekarang infrastruktur tempat tersebut mesti disediakan.

“Putrajaya memang satu lokasi yang sesuai untuk semua atlet menembak ini.
“Acara seperti ini kalau kita perbesarkan lagi memang ada banyak potensi mendapatkan pelancong atau pun peserta luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat ke lokasi Kejohanan Tembak RMP Championship 2023 Level III, hari ini.
Baca artikel lain: PM luang masa melawat Kejohanan Tembak RMP Championship 2023 Level III
Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Dalam lawatan ini, Hannah berkesempatan mencuba aktiviti menembak di mana beliau sifatkan sebagai sesuatu yang menarik dan mendatangkan keterujaan.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani berkata, pihaknya merancang untuk membina lebih banyak lurah-lurah menembak di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya.
Jelasnya, rancangan ini melibatkan tambahan sebanyak 35 lagi lurah bagi membolehkan pihaknya menganjurkan sukan menembak bertaraf lebih tinggi iaitu Level 5.
“Sekarang kita hanya ada 17 lurah menembak dan lebih 700 ke 800 orang peserta dapat kita tampung dan ini sudah tentu tidak mencukupi untuk perancangan jangka masa panjang.
“Jadi dengan sokongan daripada Kementerian Dalam Negeri, PDRM sendiri dan agensi-agensi terlibat macam imigresen, kastam dan sebagainya, saya berharap kita dapat memajukan lagi sukan menembak praktikal ini.
“Sukan ini juga adalah wadah yang kuat untuk sektor pelancongan sukan, jadi kalau kita lihat kejohanan RMP Championship 2023 Level III ini, lebih kurang 50 peserta hadir antaranya dari UAE,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram