Konsert Slam Nurkasih himpunkan peminat di Zepp KL, 6 Ogos depan

Dari Penulis

Nurkasih, Gerimis mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Rindiani dan banyak lagi antara lagu-lagu malar segar dan hit kumpulan Slam.

Kehebatan kumpulan Slam serta aura mereka sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka sentiasa mendapat sambutan hebat daripada peminat-peminat setia mereka.

Kumpulan Slam dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap peminat-peminat mereka terus memberi sokongan padu.

Kejayaan demi kejayaan diraih kumpulan Slam, kini sekali lagi di beri kepercayaan untuk menjayakan sebuah konsert yang berprestij di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2023 nanti.

Konsert Slam Nurkasih akan bermula pada pukul 8.30 malam. Konsert Slam Nurkasih akan membawakan sekitar 18 hingga 20 buah lagu-lagu hits mereka yang pasti membawa kenangan indah buat peminat.

Konsert ini dibawakan  oleh AVG & WMD selaku penganjur utama , manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik bagi konsert tersebut.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert tersebut boleh menghubungi Illaso ticket  03-21706333 atau melayari https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/

Tiket berharga RM198(festival)

RM 298 (Cat 2 – kerusi)

RM458 (VIP – kerusi  & akan mendapat goodie bag serta meet and greet bersama Slam )

RM 5000 (Royal Box & ada mocktail , goodie bag serta meet and great bersama Slam ).

Apa yang menarik buat Konsert Nurkasih, empat kotak Royal box telah terjual semenjak hari pertama dibuka untuk jualan pada 5 Mei yang lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This