Noraini, Shahrizat ‘dipertemukan’, perkasa agenda wanita

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan bekas ‘pencabarnya’, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ‘dipertemukan’ semula dalam usaha memperkasakan agenda wanita.

Usaha ‘mempertemukan’ kedua-dua tokoh Wanita UMNO itu dilaksanakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Asyraf Wajdi dalam hantaran di Facebook, pertemuan itu adalah untuk menyelaras gerak kerja bagi memperkasakan lagi agenda wanita terutama melalui Wanita UMNO dan Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tersebut.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif direncanakan untuk memperjuangkan pelbagai isu-isu dan agenda wanita di peringkat kebangsaan.

“Inilah semangat keluarga besar UMNO pasca pemilihan parti bak kata pepatah ‘air dicincang tidak akan putus’.

“Bagaimana hangat sekali pun suasana pemilihan tempoh hari, namun setelah selesai semuanya bertaut kembali sebagai satu keluarga dengan berkongsi aspirasi dan matlamat yang satu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Shahrizat dilantik MKT, pengerusikan Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

Pada pemilihan UMNO yang diadakan Mac lalu, Noraini mengalahkan Shahrizat dengan memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian, manakala Shahrizat memperoleh 70 undi.

Kemenangan Noraini itu sekali gus ‘mematahkan’ cubaan Shahrizat untuk kembali menerajui Ketua Wanita Umno selepas meletak jawatan pada 2018.

Bagaimanapun, Shahrizat kembali berada dalam organisasi tertinggi UMNO selepas dilantik sebagai ahli MKT parti berkenaan.

Pada masa sama, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut dilantik bagi mempengerusikan Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This