Pelantikan 5 pengerusi badan berkanun dipersetujui kerajaan

Dari Penulis

PEMIMPIN kerajaan telah memberikan persetujuan berhubung pelantikan lima pengerusi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kesemua mereka dilantik berdasarkan pembabitan dengan masyarakat terutama bersama golongan petani dan nelayan.

“Dalam pemilihan, kita bincang bersama pimpinan. Kita lihat pembabitan mereka dalam masyarakat, yang utamanya sebab mereka ini perlu terbabit dengan masyarakat.

“Kita tidak boleh pilih orang yang berbentuk elit, sedangkan tugas mereka perlu mengambil tahu hal bendang, nelayan dan sebagainya.

“Rekod mereka dengan masyarakat, itu yang paling utama (dalam pemilihan),” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Perhimpunan dan Ramah Mesra Menteri bersama warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sempena Aidilfitri 2023, hari ini.

Baca artikel lain: Sukan SEA Kemboja: Hannah puas hati prestasi atlet muda

Semalam, Mohamad mengumumkan pelantikan lima Pengerusi bagi badan berkanun di bawah kementeriannya, berkuat kuasa Isnin depan.

Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This