POLIS kini memburu dua lelaki yang bertindak meragut seutas rantai emas milik seorang suri rumah di sebuah stesen bas dekat Jalan Ros 1, Bukit Sentosa, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa berusia 42 tahun pada pukul 8.05 pagi.
Beliau berkata, mangsa telah didatangi sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dinaiki dua lelaki ketika berada di lokasi kejadian.
“Dua lelaki dipercayai berbangsa Melayu telah berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum bertindak meragut rantai yang dipakai mangsa.
“Pada masa yang sama, suspek kedua bertindak memegang tangan anak perempuan mangsa yang berusia 10 tahun sebelum mangsa bertindak menjerit meminta tolong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kedua-dua suspek telah melarikan diri dengan menaiki kenderaan dan siasatan dijalankan bagi mengesan suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Azman Abdul Karim di talian 03-60641222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

