90 pemain golf remaja terbaik di rantau ini akan berentap di RSGC

Dari Penulis

SERAMAi 90 pemain golf remaja amatur terbaik di rantau ini dijangka menyertai Kejohanan Golf Jemputan Remaja 2023 anjuran ‘The Royal Selangor Golf Club’ (RSGC) yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Jun depan.

Kejohanan edisi ke-8 itu melibatkan kerjasama bersama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) dan merupakan acara jemputan bagi memberi peluang kepada pemain golf remaja bertaraf elit.

Difahamkan, jemputan tersebut adalah untuk pemain elit SportExcel, juara negeri dan kelab, termasuk pemain terbaik serantau.

Selain itu, RSGC turut mensasarkan pemain amatur (lelaki dan perempuan berusia 18 tahun ke bawah), dengan handicap USGA 10.6 untuk kategori remaja lelaki dan handicap USGA 13.4 untuk kategori remaja perempuan.

BERITA BERKAITAN Golf di Sukan SEA: MGA harap Jin Xuen, Nateeshvar naik podium di Kemboja

Pengerusi Penganjur Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC-SportExcel 2023, Ezani Abu Bakar berkata, dengan penganjuran acara tersebut, pihaknya komited dalam menyokong pembangunan golf remaja.

“Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi mengalu-alukan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan di seluruh rantau ini untuk satu lagi edisi Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC-SportExcel 2023.

“Ini adalah tahun ke-8 kejohanan tahunan ini dianjurkan dan ia merupakan acara yang istimewa bagi kami.

“Ia juga akan menjadi kerjasama pertama RSGC dengan SportExcel iaitu sebuah badan rasmi yang menyokong dan mempromosikan sukan golf remaja di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar mengenai kejohanan tersebut.

Katanya, selain pertandingan, acara sampingan iaitu kem pembelajaran juga akan diadakan sepanjang kejohanan tersebut yang mana para remaja berpeluang mempelajari teknik permainan golf dari dua jurulatih terbaik dari Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, pemain golf remaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari http://jao.thersgc.com/ dan penyertaan ditutup pada 17 Mei ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This