Tip Turunkan Berat Badan, Walau Di Musim Perayaan. Tiada Yang Mustahil

Dari Penulis


“Mulai hari ini saya berazam nak turunkan 10kg! Pasti boleh!”. Inila kata-kata yang sering diungkap tak kiralah wanita atau lelaki, jika tetiba bercita-cita nak menguruskan badan. Tetapi tak pernah tercapai dan kesampaian. Sedih tak? Tentulah sedih kan!

Tambah-tambah lagi ketika musim perayaan, makanan semua sedap-sedap. Siapa kata, tidak boleh turunkan berat badan di musim perayaan. Ada caranya, jangan bimbang. SAJI kongsikan tipnya.

  1. MINUM AIR SECUKUPNYA
    Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana air membantu mengurangkan selera makan dan meningkatkan metabolisma badan. Pastikan anda minum air 30 minit sebelum makan, elak makan secara berlebihan.
  2. KAWAL SAIZ HIDANGAN
    Jangan larang diri daripada makan makanan kegemaran, hanya perlu mengawal saiz hidangan. Jika dahulu makan tiga senduk nasi, kurangkan menjadi dua.
  3. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
    Elakkan makan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula seperti air bergas, biskut raya, dan manisan. Gula mampu mempercepatkan penambahan berat badan sekiranya diambil secara berlebihan dan tidak baik untuk kesihatan.
  4. PILIH MAKANAN YANG SIHAT
    Pilih makanan yang sihat dan berkualiti. Elakkan makanan yang berminyak, berlemak dan bergoreng.
  5. LEBIHKAN PROTEIN
    Setiap kali hendak makan, lebihkan pengambilan protein kerana ia dapat membantu perut supaya kenyang dengan lebih lama dan mampu membakar 80 hingga 100 kalori tambahan setiap hari.
  6. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
    Melakukan aktiviti fizikal sepanjang hari membantu membakar kalori harian dan menjaga kecergasan badan. Lakukan pergerakan mudah seperti berjalan, mengemas rumah dan memasak. Jadikannya sebagai rutin, memudahkan lagi penurunan berat badan.
  7. BERSENAM DUA HINGGA TIGA KALI SEMINGGU
    Paksa diri untuk bersenam sekurang-kurangnya dua tiga kali seminggu. Bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah menguatkan stamina dan otot. Otot sangat penting untuk pembakaran lemak yang tinggi.
  8. KOSONGKAN PANTRI DARIPADA MAKANAN YANG TIDAK SIHAT
    Penuhkan dapur anda dengan makanan yang sihat seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran. Elakkan membeli makanan ringan dan makanan segera kerana ia mengandungi kalori yang tinggi dan tidak mengenyangkan dalam jangka yang lama.
  9. TIMBANG SEMINGGU SEKALI
    Elakkan diri menimbang berat pada setiap hari terutamanya selepas makan kerana ia akan membuatkan anda berputus asa, jika tiada perubahan pada angka berat badan anda. Untuk menghilangkan berat 1kg, badan perlu membakar kalori sebanyak 7700. Oleh itu, waktu ideal untuk menimbang berat adalah seminggu sekali.
  10. TIDUR AWAL DAN MENCUKUPI
    Pastikan anda menjaga waktu tidur dengan baik. Elakkan berjaga sehingga lewat malam kerana akan menyebabkan anda lapar dan mencari sesuatu untuk dimakan. Tidur yang cukup bukan sahaja bagus untuk kesihatan badan, malah turut membantu membakar kalori harian.
    Semoga bermanfaat dan anda kekal sihat dan cantik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This