Polis siasat lelaki lempar objek seperti bom dalam restoran

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat kejadian seorang lelaki melempar objek seperti bom ke dalam sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada pemilik premis pada pukul 5.27 pagi.

Beliau berkata, pengadu berusia 35 tahun telah mendengar bunyi letupan yang kuat sehingga menyebabkan beberapa cermin tingkap premis pecah.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati pada pukul 4.15 pagi, sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di hadapan pagar premis.

“Suspek telah keluar dari kereta lalu melempar sebuah objek ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sebanyak empat keping cermin tingkap telah pecah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Raub berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 01135202900.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This