Sharnaaz Ahmad tak lupa beri ucapan Hari Ibu pada Nabila

Dari Penulis

SEMPENA sambutan Hari Ibu yang disanbut semalam, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak ketinggalkan menzahirkan ucapan istimewa kepada ibunya iaitu Datuk Marina Puteh dan bekas isterinya, Noor Nabila.

Namun, ucapan kepada Nabila yang juga ibu kepada anak tunggal mereka, Jebat Jayden lebih menjadi perhatian netizen.

Ujar pelakon berusia 37 tahun itu, perjalanan hidup dan impiannya mungkin tidak akan tercapai tanpa adanya sokongan daripada dua individu tersebut.

“Kehadiran dua wanita ini (Nabila dan Marina Puteh) memberikan impak yang sangat besar dan ibarat hadiah dalam hidup saya.

“Terima kasih mama dan mommy Nabila, tanpa kamu berdua, saya tiada di sini, tidak akan ada.

“Terima kasih, selamat Hari Ibu. Dan juga kepada semua ibu dalam dunia ini. We love you!” tulisnya di kapsyen Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, Sharnaaz turut berkongsi foto-foto ibunya bersama keluarga dan Nabila bersama Jebat.

Malah, kakak kepada selebriti popular Noor Neelofa itu turut membalas ucapan istimewa itu di ruangan komen.

“Terima kasih baba,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan seronok melihat entri berkenaan malah mengagumi tindakan hebat pelakon filem Polis Evo 3 itu.

“Bagus Sharnaaz ni, selalu menghargai dan menghormati. Hero kami.

“Tabik abang Nanaz ni. Dalam apa jua situasi, dia hargai orang yang melahirkan anaknya. Jebat bertuah mempunyai ayah yang terbaik,” tulis netizen di komen.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Namun, mereka bercerai secara proses hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This