Tiket konsert habis terjual pada saat akhir, Siti Nurhaliza terharu sokongan peminat – “Risau juga kalau tiket tak habis jual sebab sambutan hari raya…,”

Dari Penulis

KONSERT Satu Suara Vol.3 telah berlangsung di Mega Star Arena, Sungai Wang Plaza, pada malam semalam yang menggabungkan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Ernie Zakri dan artis legenda, Jay Jay.

Menurut penyanyi lagu Jerat Percintaan itu, tujuan persembahan nyanyian ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Yayasan Nur Jiwa yang merupakan penaja bagi konsert itu dan presidennya adalah suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa.

Tambahnya, dia bersyukur kerana tiket konsert anjuran Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd habis dijual malah ada juga yang masih bertanya dan ingin mendapatkan tiket.

“Konsert ini merupakan konsert amal bagi menghimpunkan dana untuk Yayasan Nur Jiwa salurkan kepada orang yang memerlukan terutamanya anak-anak dari Gaza.

“Saya risau juga kalau tiket tak habis jual sebab sambutan hari raya masih lagi berlangsung dan ramai yang masih sibuk dengan perayaan.

“Tiba-tiba pada minit terakhir, Alhamdulillah habis juga tiket sampaikan ada yang masih bertanya sama ada penjualan tiket ada tau tidak,” ujarnya.

Kali terakhir konsert Satu Suara dianjurkan ialah lapan tahun lalu menerusi siri Vol.2 yang menampilkan Datuk Ramli Sarip dan Hetty Koes Endang.

Penganjuran tahun ini, Siti bersama dengan Ernie dan Jay Jay berjaya menghiburkan penonton seramai 4000 orang yang hadir pada malam itu.

Membuka tirai persembahan, Siti menyampaikan seleksi lagu berjudul Situ Sana Sini, Kesilapanku Keegoanmu, dan Matahari.

Pentas konsert semakin ‘panas’ apabila penyanyi yang memiliki vokal mantap, Ernie mengambil alih ruang persembahan dengan mendendangkan lagu Korban, Ku Bersuara, dan Boneka.

Cukup ramai yang merindukan suara penyanyi legenda, Jay Jay yang turut menyanyikan lagu secara solo iaitu Rindu Bayangan, Belaian Jiwa, dan Cukuplah Sekali.

Persembahan yang cukup hebat menggegarkan pentas MegaStar Arena melalui gandingan duo antara Siti dan Ernie yang menyanyikan secara medley iaitu lagu Wajah Kekasih dan Gundah.

Masih lagi dalam musim Aidilfitri, tiga selebriti itu berkongsi pentas menyanyikan lagu raya iaitu Hari Raya Bahagia dan Nazam Lebaran di penghujung persembahan.

Sementara itu, Siti mendedahkan bahawa terdapat beberapa wakil syarikat yang hadir turut memberi sumbangan bagi penambahan dana tetapi jumlahnya belum dikenal pasti.

Penyanyi nombor satu negara itu turut mengucapkan terima kasih atas kehadiran peminat, media, rakan artis dan pihak yang terlibat demi menjayakan konsert ini.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Shafinaz Selamat, Ifa Raziah, Rozita Che Wan, kumpulan Dolla dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This