Pemuda Nepal hancur tiga jari selepas tersepit mesin pengisar daging

Dari Penulis

SEORANG lelaki hancur tiga jari selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pengisar daging di sebuah premis dekat Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 12.26 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Mohd Khairul Azmi Jaafar berkata, bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati tangan kanan milik seorang lelaki warga Nepal berusia 20 tahun tersepit pada mesin pengisar daging.

“Sebanyak tiga jari hancur dan hanya ibu jari serta jari kelingking dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota operasi bertindak membawa mangsa bersama mesin ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menaiki ambulan.

Jelsnya, suntikan bius telah diberi dan jari mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 2.02 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This