SELEPAS berehat panjang, pasukan Kedah Darul Alam FC (KDA FC) berjaya memberi berita gembira kepada para penyokongnya selepas berjaya menewaskan Kelantan FC 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.
Skuad Sang Kenari yang dikritik kerana prestasi naik turun sebelum ini berjaya mengejutkan pihak lawan di awal permainan apabila mendapatkan gol pertama melalui kapten, Manuel Ott pada minit ke-15.
Pemain naturalisasi Lee Tuck juga bertindak cemerlang hari ini apabila berjaya menjaringkan gol pada minit 27, selain daripada membuat hantaran-hantaran yang cantik kepada rakan-rakan sepasukan.
Bersambung babak kedua, Manuel Hidalgo pula menyertai rakan-rakan sebagai penjaring apabila mendapatkan gol Kedah pada minit ke- 47 iaitu sebaik sahaja permainan baru bermula.
BERITA BERKAITAN Pengarah APM Kedah meninggal dunia, dipercayai jatuh ketika sertai misi takluk Everest
Nasib malang terus menghantui Kelantan FC apabila salah seorang pemainnya terjatuh di dalam kotak penalti dan tangannya terkena bola dan seterusnya membolehkan Kedah mendapat sepakan penalti.
William Lira yang diberikan kepercayaan untuk mengambil sepakan tersebut tidak mensia-siakan peluangnya untuk turut mencetak nama sebagai penjaring gol malam ini apabila membuat jaringan cantik menewaskan penjaga gol Kelantan, Nik Mohd Amin.
Kelantan yang cuba mencari gol, terus dihukum Sang Kenari dengan jaringan penyerang gantian, Jonathan Balotelli pada minit ke-89 apabila mudah menanduk masuk bola yang dikuisnya daripada penjahga gol ketika membuat larian satu lawan satu.
Keputusan itu menyaksikan Sang Kenari melonjakkan kedudukannya ke tangga keempat liga manakala The Red Warriors (TRW) terus kekal di dasar liga.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

