YBR bantu 60 sekolah, 31 warga emas di Penampang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan kepada 60 buah sekolah rendah dan menengah di Sabah bagi membantu sesi persekolahan yang telah pun bermula sejak Mac lalu.

YBR dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan itu melibatkan 52 sekolah kebangsaan (SK) dan 8 sekolah menengah kebangsaan (SMK) melalui program Bantuan Persekolahan YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Jelas YBR, bantuan persekolahan itu melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan Asnaf dan keluarga B40 dengab objektif untuk membantu meningkatkan akademik pelajar-pelajar dari sekolah tersebut untuk sesi persekolahan 2023.

YBR memaklumkan, penyerahan bantuan kepada sekolah-sekolah itu telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Dewan SM St. Michael, Penampang.

Turut hadir dalam sesi penyampaian itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Kepayan, Jannie Lasimbang; Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR merangkap Ahli lembaga Pengarah Bank Rakyat, Professor Dr. Haji Raduwan Idar; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit; Pengurus Besar YBR, Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Sektor Perancangan, Marcella Sikijip.

Sementara itu, Ewon berkata, bantuan itu diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru.

“Saya juga amat berterima kasih dan menyokong inisiatif YBR dan berharap lebih banyak entiti korporat dan organisasi lain, dapat turut sama membantu dalam memberi bantuan-bantuan sebegini tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabatkan pendidikan. Syarikat-syarikat korporat serta NGO perlu sama mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan,” katanya. 

Baca juga: YBR bantu 250 pelajar B40 UTeM, anak yatim serta asnaf di Melaka

Dalam pada itu, Philip memaklumkan, pemberian bantuan itu dipecahkan kepada dua lokasi yang telah dikenalpasti iaitu di sekitar Penampang dan seterusnya di Kadamaian dalam dua majlis penyerahan yang berasingan.

Katanya, bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah itu diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk membantu murid-murid serta sebagai tanda ingatan YBR dalam membantu komuniti setempat.

Jelas Philip lagi, usaha itu juga menjadi salah satu strategi dalam membantu masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat terutamanya di Sabah.

Sementara itu, dalam majlis yang berasingan, seramai 31 warga emas di sekitar Penampang dan Kota Belud menerima bantuan kerusi roda serta katil yang turut diserahkan sendiri oleh Menteri KUSKOP. 

Philip berkata, beliau berharap bantuan itu dapat melancarkan lagi aktiviti harian serta menjadikan kehidupan mereka yang terjejas menjadi lebih produktif.

Seorang daripada penerima bantuan, Bibiana Amandus Madani mengakui bantuan itu sangat bermakna kepada dirinya dan juga orang-orang sepertinya.

Bibiana yang mengalami angin ahmar (strok) terpaksa bergantung kerusi roda untuk melakukan sebarang pergerakan seharian akibat penyakit yang dihidapinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This