FESTIVAL Soul and Grunge Chopper (SGCF) 2023 akan berlangsung di Selangor selama dua hari bermula 10 hingga 11 Jun ini.
SGCF 2023 yang dianjurkan Eighteen June Pictures dengan kerjasama Bakti Kasih Malaysia itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.
Menurut Pengarah Program, Norazidin Sharifuddin, sebanyak 120 ruang niaga ditawarkan kepada usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pusat tahfiz dan ibu-ibu tunggal.
Katanya, ruang niaga itu dibahagikan kepada beberapa kategori seperti pakaian, makanan dan aksesori motorsikal sebagai platform kepada mereka untuk berniaga dan seterusnya menambahkan pendapatan dan meningkat ekonomi mereka.
“SGCF 2023 menawarkan platform kepada usahawan-usahawan PKS berniaga dan menambah pendapatan dalam acara komuniti motorsikal berkuasa tinggi dan klasik yang pertama kali diadakan di Selangor.
“Program yang menghimpunkan komuniti motorsikal berkuasa tinggi dan motorsikal klasik ini merupakan platform yang efektif dan berkesan untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan usahawan PKS.
“Ia bukan sahaja dikunjungi oleh penggemar motorsikal berkuasa tinggi dan klasik dari seluruh negara, malah bakal dikunjungi masyarakat berbilang kaum tanpa mengira usia dan tahap pendapatan dari sekitar Shah Alam dan Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: Beli tiket konsert daripada saluran rasmi yang sah – KPDN
Mengulas lanjut, Norazidin berkata, sebagai tanda sokongan, komuniti motorsikal berkuasa tinggi dan klasik termasuk Harley Davidson, Royal Enfield, Triumph dan Vespa dari seluruh negara akan berkumpul bersama memeriahkan program itu.
Katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu usahawan-usahawan setempat menjana pendapatan menerusi program ini.
Sementara itu, usahawan selebriti yang juga Pengerusi Bakti Kasih Malaysia, Wak Doyok menyatakan rasa teruja kerana dapat bersama-
sama menjayakan program berbentuk kemasyarakatan komuniti permotoran bersama golongan asnaf yang memerlukan bantuan.
“Menerusi program ini, kami membuka peluang kepada golongan asnaf yang ingin berniaga bagi menyara kehidupan.
“Setakat ini kami telahpun mengenal pasti beberapa peniaga untuk diberikan ruang niaga percuma tanpa apa-apa bayaran, diharapkan peluang ini dapat membantu mereka menambah pendapatan,” ujar beliau.
Norazidin berkata, antara acara tumpuan adalah pertandingan motorsikal cantik dan ubahsuai yang dibahagikan kepada enam kategori dan menawarkan hadiah berjumlah RM30,000.
Katanya, antara kategori yang akan dipertandingkan ialah kategori chopper, chicanos, custom bike dan juga motor klasik.
Selain itu, jelas beliau, program itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air.
“Antara artis yang akan membuat kemunculan adalah Hazama, Mus May dan persembahan istimewa kumpulan Subculture yang menampilkan anggota asal selepas 30 tahun tidak beraksi secara live,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikT

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

