Pengasuh ditahan babit kematian bayi perempuan berusia tiga bulan

Dari Penulis

POLIS menahan seorang pengasuh wanita bagi membantu siasatan melibatkan kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di sebuah rumah dekat Petaling Jaya pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.56 petang.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan polis pada 13 Mei pukul 5.30 petang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap bayi sehingga menyebabkan kematian.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan,

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhamiran atau di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This