BN kerjasama PH, MCA tak perlu kecil hati – Ahmad Zahid

Dari Penulis

MCA tidak perlu berkecil hati dalam kerjasama yang dijalinkan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, harus wujud sikap menyantuni parti berkolaborasi secara kerjasama pintar, yang menjadi realiti baharu politik negara hari ini.

“Kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa BN terus diperkasakan. Bukan sahaja MCA tapi MIC, PPRS (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) adalah komponen teras kita.

“Kita juga mempunyai parti bersekutu dalam BN, yang penting adalah kerjasama dengan semua parti dalam ‘outfit’ BN serta kita harus menyantuni keberadaan parti-parti daripada kolaborasi ini dan terdapat 19 parti yang berada di dalam ini.

“Saya tak mahu mana-mana parti berkecil hati apabila kita bekerjasama secara perkongsian pintar ini,” katanya
seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Kalimah Allah: Cadangan perkemas peraturan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada Julai

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di Pusat Konvensyen Setia SPICE, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang mengingatkan Ahmad Zahid supaya meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN terlebih dahulu, bukannya mengutamakan PH khasnya DAP.

Sin Woon dalam satu kenyataan semalam turut menegaskan supaya Ahmad Zahid berpegang utuh kepada prinsip, selain berwaspada dalam hal berkaitan kerjasama antara kedua-dua gabungan.

Ahmad Zahid turut mengingatkan parti komponen BN memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh dukungan dan sokongan daripada ahli-ahlinya serta menarik para pengundi yang terdiri daripada bukan ahli.

“Ini untuk memberikan gambaran positif kepada partinya dan bukan kesan buruk yang berlaku disebabkan perkara-perkara lampau.

“Jadi memperkukuhkan parti masing-masing untuk pengembangan daya sokongan yang lebih tersebar luar itu lebih penting daripada melayani rasa kecil hati oleh mana-mana parti politik,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This