Video tular lelaki Myanmar marah polis berlaku pada 2022

Dari Penulis

POLIS mengesahkan satu klip video tular yang memaparkan seorang lelaki warga Myanmar bertindak memarahi anggota polis berlaku pada tahun 2022.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku di sebuah kedai runcit dekat Taman Tan Sri Yaacob, Skudai, itu telah ditularkan kembali sejak kelmarin.

“Suspek merupakan pelanggan kedai runcit tersebut dan dalam keadaan mabuk ketika kejadain.

“Pemilik kedai memaklumkan suspek sering datang dalam keadaan mabuk dan suka membuat bising,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemilik kedai turut mengesahkan bahawa suspek telah lama tidak datang ke kedainya dan dipercayai telah berpindah.

Rahmat berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak menularkan sesuatu perkara yang boleh menggugat keharmonian negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This