10 Jenis Tomato Yang Popular, Tidak Semuanya Masam

Dari Penulis

Rugi jika tidak suka makan tomato. Tomato adalah superfood yang padat dengan nutrien. Banyak khasiat tomato antaranya mengandungi vitamin A, yang sangat baik untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Vitamin K untuk kekuatan kulang, Vitamin C untuk kulit yang sihat dan baik untuk kesihatan jantung.

Tahukah anda terdapat pelbagai jenis tomato, yang berbeza dari segi rupa dan rasa. Tidak semua tomato itu masam ya..!
Ini antara tomato yang popular di kalangan chef di seluruh dunia.

  1. Tomato Ceri
    Dinamakan tomato ceri kerana bentuknya sama seperti buah ceri. Tomato ini biasanya berwarna merah, namun ada juga berwarna kuning, oren, hijau dan hitam. Tomato ceri lebih bulat dan mempunyai kandungan air yang lebih tinggi. Kulitnya lebih nipis dan lembut. Rasanya yang manis menjadikan ia pilihan ideal untuk hidangan salad, taburan pizza, dipanggang dan dijadikan sos.
  1. Tomato Beefsteak
    Tomato ini bulat berair dan mempunyai pelbagai saiz. Isinya padat dan rasa tomato klasik. Ia mempunyai pelbagai warna seperti merah, oren dan merah jambu. Kulitnya kukuh apabila dipanggang tetapi mudah menggelupas di bawah tekanan. Tomato beefsteak pilihan yang terbaik untuk dibakar dan dipanggang di bawah api yang tinggi. Tomato ini juga sering dihidangkan bersama roti ‘sandwich’ dan ‘burger’.
  1. Tomato Hijau
    Terdapat dua jenis tomato hijau. Pertama, ia merupakan tomato merah yang belum masak dan kedua, yang memang kekal hijau sepanjang keseluruhan kitaran. Tomato hijau memang dituai dengan sengaja sebelum ia masak kerana tomato hijau lebih tahan terhadap masakan yang bersuhu tinggi berbanding tomato merah. Tomato hijau juga mempunyai jus kurang dan memberikan rasa masam. Selain dimasak, tomato hijau juga sesuai dijadikan jeruk.
  1. Tomato Anggur
    Tomato ini berbentuk bujur seperti anggur. Teksturnya lebih padat dan mempunyai pelbagai warna seperti kuning, merah dan oren. Kulitnya lebih tebal dan pejal. Saiznya yang kecil menjadikannya hidangan yang sesuai untuk snek, hiasan dalam salad atau penambah rasa di dalam pasta.
  1. Tomato Globe
    Tomato bulat bersaiz sederhana yang terkenal dengan kulit tebal, gebu, merah dan berair. Namanya berasal dari bentuk bulatnya yang seakan-akan dunia. Tomato glob ini biasanya dipanggil sebagai “tomato penghiris” kerana ia sering digunakan dalam salad, burger dan sandwic. Ia juga boleh dimasak menjadi sos dan dicincang halus menjadi salsa.
  1. Tomato Roma
    Tomato ini hadir dengan bentuk yang sedikit bujur dan bersaiz kecil. Roma juga dikenali sebagai tomato plum. Kulitnya tebal, padat dan berbiji. Tomato ini mempunyai rasa tomato segar yang tajam. Sesuai untuk membuat rebusan, sos atau pes tomato.
  1. Tomato Heirloom
    Tomato Heirloom ini datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Rasanya juga bergantung pada iklim yang ditanam. Ia lebih mahal dan lebih rapuh daripada tomato yang lain. Heirloom sangat sesuai dimakan mentah dan dihidangkan sebagai menu sampingan. Namun, ada juga yang membuat sos menggunakan tomato ini.
  1. Tomato Campari
    Tomato ini juga dikenali sebagai “Tomato In The Vine”. Kebiasaanya tomato ini cenderung mempunyai rasa yang lembut, manis dan berair. Tomato ini boleh melakukan apa sahaja, boleh digunakan untuk membuat sup tomato, sos, dimasak menjadi jem dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai hiasan hidangan seperti dihiris untuk sandwic dan burger, dicincang dan hiasan dalam salad.
  1. Tomato Pir
    Dinamakan tomato pir kerana bentuk seakan-akan buah pir. Tomato ini kadang-kadang berwarna merah, kadang-kadang berwarna kuning atau oren. Rasanya manis, masam dan berair. Sering dimasukkan ke dalam salad atau snek dan dimakan begitu sahaja.
  1. Tomato Currant
    Tomato currant jauh lebih kecil daripada tomato ceri. Kebiasaannya ia berwarna merah, namun ada juga yang boleh menghasilkan buah berwarna kuning. Setiap pokok tomato currant akan menghasilkan ratusan buah kecil, manis, bujur yang sesuai untuk diawet dan pengetinan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This