ORANG ramai digesa mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Clemira Care Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan produk Clemira Care Cream itu telah dikesan mengandungi racun jenis Miconazole boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Susulan itu, Muhammad Radzi berkata, notifikasi produk tersebut telah dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan dijual di pasaran negara ini.
Beliau berkata, produk mengandungi Miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
“Anti-fungal (Miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.
“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya.
“Dapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: KKM sedia bentang RUU kawal produk rokok di Parlimen, demi lindungi kesihatan generasi muda
Mengulas lanjut, Muhammad Radzi menegaskan penjual dan pengedar produk Clemira Care Cream itu supaya menghentikan penjualan serta pengedaran produk tersebut dengan serta-merta.
Jelas beliau, penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
“Hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram