Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa badan kewangan dan pelaburan membuka pintu untuk membiayai industri berkaitan angkasa lepas di Malaysia.
Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, hal itu berikutan pembiayaan kerajaan dilihat terhad untuk sektor berkenaan dan mekanisme pembiayaan lain.
Jelas beliau, antaranya seperti modal teroka, perkongsian awam-swasta (PPP) dan instrumen pembiayaan yang kompetitif yang akan membantu merealisasikan aspirasi angkasa lepas negara.
“Mekanisme kewangan ini boleh digunakan untuk memangkin industri angkasa tempatan. Pada tahun 2021 sahaja, rekod telah menunjukkan bahawa pasaran awam dan swasta meletakkan AS$10 bilion (RM46.2 bilion) modal baharu untuk bekerja di syarikat angkasa lepas.
“Minat yang semakin meningkat untuk meneruskan perkongsian dan pelaburan swasta akan mendorong minat pasaran awam dan swasta untuk membiayai produk syarikat ini, sekali gus mempercepatkan inovasi dan menyediakan lebih banyak persaingan dalam kalangan syarikat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Forum Angkasa Lepas Antarabangsa Langkawi 2023 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.
Baca juga: MOSTI anjur perbincangan meja bulat Ketua-Ketua Agensi Angkasa negara rantau Asia Tenggara
Mengulas lanjut, Arthur berkata, laporan telah menunjukkan bahawa ekonomi angkasa global mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa kira-kira AS$447 bilion, meningkat daripada AS$280 bilion pada 2010, danl dijangka meningkat kepada AS$1 trilion menjelang 2030.
“Justeru, sudah tiba masanya badan kewangan dan pelaburan mempertimbangkan ruang sebagai sumber ekonomi baharu negara. Inovasi kewangan adalah satu kemestian bagi industri angkasa lepas.
“Mekanisme pembiayaan baharu seperti geran kompetitif, pembiayaan hutang, mekanisme perkongsian risiko dan insentif cukai boleh menarik pemain tempatan dan asing untuk menyumbang atau menubuhkan perniagaan di sini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram