

KADAR tukaran mata wang hari ini mencecah RM4.63/AS$. Trend menyusut ringgit membimbangkan. Perlu perhatian rapi dan penerangan kepada semua.
Daya saing negara juga semakin menurun. Kedudukan ekonomi negara perlu perhatian yang khusus, bersungguh-sungguh. Kita mesti berbincang mengenai ehwal ini. Ini ehwal kita.
Dalam tempoh 13 tahun, kedudukan daya saing Malaysia berganjak dari kelas belasan, ke kelas dua puluhan dan kini kelas tiga puluhan! Ini tanggapan dunia terhadap kita.
Penurunan sebegini bukan kejatuhan sementara, bukan bermula dari tahun lepas. Bukan sebab pandemik Covid-19. Ia bersifat trend jangka panjang menurun yang jelas. Petanda yang tidak baik. Semua mesti bertindak bersama.
Saya mengangkat perkara ini untuk tindakan kita semua – rakyat, firma dan kerajaan. Tidak kira siapa anda, kita semua bertanggungjawab. Ini negara kita. Saya di MINDA-UKM akan bersama negara mengukuhkan kembali daya saing negara. Ayuh kita gerak bersama.

Baca artikel berkaitan: Malaysia Madani: Pantau komitmen 19 MoU sempena lawatan PM ke China
Kita jangan leka. Pengukuhan daya saing negara sangat penting. Semua kita akan rugi sekiranya negara kita terkeluar dari liga persaingan global.
Bukan masa berbalah salah siapa. Masa bertindak, bersungguh-sungguh dan komited memperbetulkan struktur ekonomi negara. Bukan pemulihan tetapi penstrukturan.

Saya mencadangkan kerajaan bentuk kerangka tindakan yang komprehensif. Apa bidang fokus kita? Apa tindakan dan perubahan yang akan dilaksanakan? Apa sasaran yang hendak dicapai? Siapa yang akan menerajui setiap fokus? Siapa yang memantau? Siapa yang melapor?
Tindakan secara berasingan, menangani secara rencah, masing-masing, tidak berkesan. Kita perlu ‘comprehensiveness’ of actions, semua pihak. Saling menyokong. Saya yakin kita belum terlewat dengan syarat bertindak dari sekarang.
Ask what you can do? Apa yang boleh saya dan anda lakukan.
Kita sahut seruan Perdana Menteri, mari bersama kita angkat martabat negara. Membina Malaysia Madani yang memberi kesejahteraan untuk semua.
MINDA-UKM: Bersama Membangunkan Negara
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram