Ringgit: Kejatuhan krisis vs kejatuhan daya saing

Dari Penulis

MERAH: 1997-98: Malaysia berhadapan dengan KRISIS keyakinan. Ringgit MENJUNAM jatuh dengan MENDADAK. Krisis ini turut mengesani beberapa matawang Asia Timur yang lain. Pelabur panik, lari keluar (run) dari Malaysia dan rantau Asia Timur.

HIJAU: 2014-2023: Malaysia berhadapan dengan KEJATUHAN daya saing. Ringgit berada dalam tren menyusut secara beransur-ansur sehingga mencecah RM4.80 per USD pada 20 Februari yang lalu.

Tren Ringgit menyusut ini SEIRING dengan penyusutan dalam penarafan dayasaing negara dari tangga ke 12 (2014) ke 32 (2022), paling rendah. Pada tahun 2023, kita berada ditangga ke 27 dayasaing dunia.

Dibanding pada tahun 2014, dayasaing negara jatuh dengan ketara bagi 17 dari 20 sub-indeks dayasaing (garisan orange berbanding garisan biru). Kita perlu tingkatkan dayasaing negara.

Mesti jelas apa tindakan, bila tindakan akan dibuat, dan siapa yang bertanggungjawab melaksanakannya. Tidak boleh secara umum berharap ada yang akan buat. Mesti khusus. Pantau progres.

Baca artikel lain: Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad esok

Beberapa faktor luaran, kenaikan kadar faedah US, kelemahan ekonomi China, ketegangan geopolitik turut menyumbang kepada penyusutan Ringgit. Namun penyusutan dayasaing adalah merisaukan. Penumpuan kita mesti ditujukan kepada ehwal yang boleh kita tangani.

Ada 3 kelewatan polisi yang sangat lazim yang perlu dielakkan:

  1. Lewat mengenalpasti (Recognition lag)
  2. Lewat membuat keputusan (Decision lag)
  3. Lewat melaksana (Execution lag)

Penyusutan nilai Ringgit lebih wajar ditangani dengan polisi peningkatan dayasaing (Putrajaya) berbanding polisi monetari (Bank Negara).

Impaknya lebih besar dan mampan. Bandingkan prestasi dengan negara-negara jiran dan yang setanding (peer nations).

MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Data biometrik pelarian dikumpul, kerajaan mahu kawalan migrasi lebih ketat

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menegaskan pelaksanaan proses Pendaftaran dan Penentuan Status Pelarian (DPP) bukan bertujuan memberikan kewarganegaraan atau hak...

More Articles Like This