PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dipilih semula sebagai Presiden Turkiye dalam pilihan raya penentu, semalam.
Dalam ciapan di Twitter, Perdana Menteri menyifatkan Turkiye akan terus memainkan peranan membina sebagai pemain serantau dan global yang penting.
Pada masa sama, beliau turut berharap kedua-dua negara dapat bekerjasama lebih rapat bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala.
“Tahniah kepada Erdogan kerana dipilih sebagai Presiden Republik Turkiye ke-13 dalam pilihan raya Presiden.
“Turkiye akan terus memainkan peranan membina sebagai pemain serantau dan global yang penting.
“Malaysia berharap untuk bekerjasama rapat dengan Turkiye bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala sedia ada,” katanya dalam ciapan tersebut.
https://twitter.com/anwaribrahim/status/1663009129479442432?s=20
Baca artikel berkaitan: Erdogan dipilih semula Presiden Turkiye
Erdogan mempertahankan jawatan Presiden selepas mengatasi pencabarnya, Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya penentu semalam.
Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.
Setakat ini, 99.43 peratus peti undi telah pun dibuka.
Anwar dan Erdogan diketahui umum mempunyai hubungan yang rapat.
Beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 25 November lalu, Anwar menerima panggilan telefon daripada Erdogan untuk mengucapkan tahniah.
Malah, Anwar juga membuat lawatan mengejut ke Turkiye atas dasar persahabatan dan permintaan Erdogan, Februari lalu ketika negara tersebut ditimpa bencana gempa bumi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

