Malaysia Madani: Peningkatan tata kelola baik menerusi Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Dari Penulis

OLEH: DATUK WAN SURAYA WAN MOHD RADZI

MENURUT Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan Malaysia berada di tangga ke-61 daripada keseluruhan 180 negara berbanding ke-62 pada 2021. Bagaimanapun, skor Malaysia jatuh satu mata iaitu daripada 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022.

Trend ini jelas menunjukkan bahawa rasuah kekal sebagai cabaran utama dalam negara. Rasuah bukan sahaja menjejaskan tadbir urus yang baik tetapi juga menjejaskan pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ia juga mengurangkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi kerajaan, dan pada masa yang sama meningkatkan kos menjalankan perniagaan oleh pihak swasta, yang akhirnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

DATUK WAN SURAYA WAN MOHD RADZI

Di bawah konsep Malaysia MADANI yang dirangka dan diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tadbir urus atau tata kelola baik merupakan komponen penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil.

Tadbir urus baik penting bagi kita untuk mencapai matlamat mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan 6 nilai MADANI termasuk kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama.

Satu pendekatan praktikal yang boleh digunakan untuk menggalakkan tadbir urus yang baik termasuk pelaksanaan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) oleh organisasi awam dan swasta. ABMS merupakan alat pengurusan yang membantu organisasi mengenal pasti dan mengurus risiko yang berkaitan dengan rasuah.

Dalam erti kata lain, ABMS menyediakan rangka kerja untuk mengenal pasti dan menilai risiko rasuah, melaksanakan kawalan untuk mengurangkan risiko tersebut, dan memantau dan menyemak keberkesanan kawalan tersebut.

Pelaksanaan ABMS oleh agensi awam dan swasta boleh membantu menangani rasuah dengan berkesan, di samping menggalakkan ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang, yang kesemuanya merupakan komponen kritikal tadbir urus yang baik.

Dengan melaksanakan ABMS, organisasi boleh menunjukkan komitmen mereka terhadap mewujud dan menggalakkan pembudayaan integriti.

Baca artikel berkaitan: Komitmen terhadap ESG dalam konteks tata kelola

Selain itu, pelaksanaan ABMS oleh agensi swasta dapat membantu organisasi terbabit dalam memenuhi keperluan untuk mewujudkan tatacara mencukupi berdasarkan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2020.

Institut Integriti Malaysia (IIM) mempunyai peranan memberi khidmat konsultansi kepada agensi kerajaan dan swasta yang berhasrat untuk membangunkan ABMS, seperti yang termaktub di dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Selaku penyedia perkhidmatan konsultasi pembangunan ABMS, IIM juga telah berjaya mendapatkan Pensijilan MS ISO37001:2016 pada tahun 2021 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Sehingga kini, IIM telah memberi khidmat konsultasi pembangunan ABMS kepada 25 organisasi merangkumi agensi awam persekutuan dan negeri, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan, institusi perbankan dan agensi swasta.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan bilangan agensi awam dan swasta yang melaksanakan ABMS, IIM dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. buat julung kalinya akan menganjurkan satu persidangan iaitu IIM-SIRIM QAS Persidangan Integriti dan Tadbir Urus Baik Peringkat Kebangsaan 2023: Melangkah Ke Hadapan Untuk Tadbir Urus Yang Baik (IIM-SIRIM QAS National Conference on Good Governance 2023: Moving Forward for Good Governance) pada 17 Ogos 2023.

Persidangan yang disokong oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan Persatuan Pengamal Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS-MY) ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik dan trend terkini dalam meningkatkan tadbir urus baik; untuk menjadi platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan pakar dan pengamal tempatan dan antarabangsa berkaitan bidang sistem pengurusan antirasuah, integriti dan tadbir urus baik; di samping meningkatkan kesedaran sektor awam dan swasta tentang kepentingan ABMS dalam meningkatkan tadbir urus dan mencegah rasuah dalam organisasi.

Penganjuran persidangan ini diharap dapat memberi kesedaran tentang kemampanan sesebuah organisasi melalui elemen tadbir urus yang merupakan sebahagian daripada elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), selari dengan kerangka Malaysia MADANI.

Maklumat lanjut berhubung perkhidmatan konsultasi ABMS oleh IIM boleh diperolehi melalui sesawang iim.gov.my.

Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki kurung remaja tukar pengakuan tidak bersalah buat amang seksual

SEORANG lelaki yang mengurung dan mengikat remaja lelaki berusia 14 tahun menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan melakukan...

More Articles Like This